Wednesday, December 24, 2014

PEMBINAAN SOALAN KUIZ DENGAN MUDAH

Assalamualaikum W.B.T

Perkongsian pada kali ini adalah tentang pembinaan kuiz. pembinaan kuiz kali ini adalah melalui aplikasi kuiz yang sangat mudah untuk membina soalan. aplikasi ini boleh membentuk banyak jenis soalan kuiz seperti soalan objektif, aneka pilihan, betul-salah dan lain-lain. Ini akan menjimatkan masa guru untuk membina soalan kuiz dengan mudah dan masa yang singkat.

link untuk mendapatkan aplikasi pembinaan kuiz tersebut sila klik LINK ini.

Kami sertakan contoh kuiz yang telah kami bina berdasarkan dokumentari kami sebelum ini. link 1
dan link 2

Semoga perkongsian ini akan memudahkan pengajaran guru dalam memberikan pengajaran yang lebih menarik dan bersemangat. :)

Dokumentari kegemilangan tamadun islam pada zaman kerajaan Abbasiyah



Assalamualaikum W.B.T

Pada kali ini kami akan berikan video yang telah kami buat yang berkisarkan tentang Kegemilangan Kerajaan Abbasiyah yang merupakan dokumentari mengenai sejarah, sistem pentadbiran, faktor kejatuhan dan kegemilangan kerajaan ini dan lain-lain. kami mengambil ilham melalui Rancangan Televisyen Jejak Rasul sebagai panduan dalam membuat dokumentari ini. Kami akan sertakan skrip dokumentari ini. Mari sama-sama kita saksikan hasil kerja daripada ahli kumpulan. Insyallah bole buat rancangan sendiri lepas ini.. :)

Berikut merupakan hasil video dokumentari yang kami hasilkan...sila klik LINK ini.

skrip dokumentari :


Sinopsis

Dokumentari ini mengisahkan tentang kegemilangan tamadun islam pada zaman kerajaan Abbasiyah. Dokumentari ini akan menggambarkan tentang latar belakang kerajaan Abbasiyah, struktur kerajaan, sistem pemerintahan, khalifah-khalifah Abbasiyah, faktor kegemilangan dan juga faktor kejatuhan kerajaan Abbasiyah serta bidang-bidang ilmu yang muncul pada zaman ini.

Pengenalan

Kerajaan Abbasiyah adalah sebuah empayar Islam yang muncul selepas kejatuhan Kerajaan Ummaiyah. Kerajaan ini muncul kira-kira pada 132H bersamaan 150M. Kerajaan ini telah memerintah lebih daripada 500 tahun lamanya. Pada dasarnya, kerajaan ini diberi nama Abbasiyah kerana bersempena dengan nama bapa saudara Rasulullah iaitu Al-Abbas. Kerajaan ini telah ditubuhkan secara rasmi oleh khalifah yang pertama bagi kerajaan ini iaitu Abu Al-Abbas As-Saffah.
Kerajaan ini muncul berpunca daripada penentangan secara dalaman dan luaran dalam kerajaan Ummaiyah, iaitu penentangan daripada golongan Mawali yang mana mereka berasa telah didiskriminasi. Mereka juga telah dikenakan cukai yang lebih berbanding orang arab yang lain dan mereka tidak dapat memegang jawatan yang dianggap layak bagi mereka. Kesannya, mereka telah menyertai gerakan Abbasiyah bagi menjatuhkan kerajaan Bani Ummaiyah. Pada masa yang sama, di akhir zaman Bani Ummaiyah, khalifah telah mengabaikan tanggungjawap terhadap rakyat dan ajaran Islam, serta berlaku penentangan terhadap sistem warisan dalam pemilihan khalifah. Akhirnya, mereka telah melancarkan revolusi Abbasiyah dan berjaya menjatuhkan kerajaan Bani Ummaiyah.

Struktur dan sistem pemerintahan kerajaan Abbasiyah

Struktur kerajaan ini banyak dipengaruhi oleh sistem pemerintahan Kerajaan Parsi kerana ramai orang-orang Parsi yang memeluk Islam dan memegang jawatang tinggi dalam pentadbiran. Oleh yang demikian, orang-orang Parsi ini sedikit sebanyak menggunakan sistem pentadbiran yang pernah digunakan oleh kerajaan Parsi sebagai asas struktur Kerajaan Abbasiyah.
Secara asasnya, kerajaan ini juga mengamalkan pemerintahan secara warisan, sama seperti yang diamalkan oleh kerajaan Bani Ummaiyah dan kerajaan ini telah diperintah oleh ramai khalifah iaitu sebanyak 37 orang khalifah. Dari segi sistem pemerintahan, kerajaan Abbasiyah ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu al-Khalifah, al-Wazir dan juga al-Dawawin.  Al-Khalifah ialah Ketua Negara yang bertindak Pemimpin Tertinggi dalam Wilayah Islam, al-Wazir pula ialah Perdana Menteri yang bertindak sebagi Ketua Pentadbir, manakala al-Dawawin ialah Jabatan-jabatan kerajaan(Polis, Audit, Pertahanan, Kebajikan, Perhubungan). Berada di bawah pengawasan Al-Kutta(Sekretari /Setiausaha).

Struktur Kerajaan Abbasiyah
Dalam Kerajaan Abbasiyah, sturkturnya amatlah unik yang mana khilafah Mengamalkan sistem pemerintahan secara WARISAN seperti yang diamalkan Kerajaan Bani Umaiyah. Pada era zaman kegemilangan khilafah ini ianya telah Dipimpin oleh 37 orang khalifah kesemuanya.Corak Pendabiran  kerajaan bani Abbasiyyah Diadaptasi daripada sistem Kerajaan Parsi.

Sistem Pemerintahan
Sistem pemrintahan kerajaan Bani Abbasiayah mempunyai empat peringkat sistem pemerintahan iaitu diketuai dengan Al-Khalifah . Al-khalifah juga  dikenali sebagai Ketua Negara yang bertindak Pemimpin Tertinggi dalam Wilayah Islam.dan dibantu  oleh Al-Wazir  iaitu Perdana Menteri yang bertindak sebagai ketua pentadbir. Dan dibawahnya dibantu Ad-Dawawin  iaitu Jabatan-jabatan kerajaan yang mana terdiri (Polis, Audit, Pertahanan, Kebajikan, Perhubungan). Kesemuanya system ini Berada di bawah pengawasan Al-Kutta(Sekretari /Setiausaha) yang mengawal segala gerak kerja sistem ini bagi memastikan semua berjalan dengan lancar,

 Khalifah-Khalifah  Abbasiyah

 Khalifah Abu Al-Abbas As-Saffah
Khalifah yang pertama memerintah bani Abbasiyyah ialah Khalifah Abu Al-Abbas As-Saffah. Baginda telah memerintah selama 4 tahun 9 bulan iaitu bermula pada tahun (132H/750M - 136H/754M) Antara sumbangan baginda menjadikan Zaman Bani  Abbasiyah terulung ialah mengasaskan K. Abbasiyah. Selain itu baginda juga Menghapuskan pemberontakan yang ada pada zaman itu.

 Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur
Manakala Khalifah yang kedua pula dipimpin oleh khalifah Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur.Baginda merupakan Saudara kandung  Kepada As-Saffah iaitu pemrintah zaman kegemilangan bani Abaasiyah. Baginda Menjadi khalifah selama 22 tahun iaitu bermula (136H/754M - 158H/775M) Antara sumbangan baginda dalam membangunkan Bani Abbasiyyah ialah Menjadika kota Baghdad sebagai ibu kota dan membangungkannya. Selain itu baginda juga memperbaiki sistem cukai Membuat saliran-saliran  air di kawasan pertanian serta menyediakan pasar  di tempat yang strategik.

Khalifah Harum Ar-Rasyid
Seterusnya pemrintahan zaman bani Abbasiyyah diteruskn kegemilngan nya dengan pemerintahan dibawah Khalifah yang warak dan terkenal iaitu Khalifah Harum Ar-Rasyid.Baginda Memerintah selama 23 tahun lebih(170H/786M - 192H/809M) Antara sumbangan baginda dalam membangunkan zaman bani Abaasiyyah ini ialah Memerintahkn Al-Qadhi Abu Yusuf untuk menulis kitab tentang percukaian sehingga terhasilnya kitab Al-Kharaj; Selain itu baginda juga mewujudkan jawatan baru iaitu Qadhi Al-Qudhah serta Menubuhkan Baitul Hikmah iaitu pusat ilmu pengetahuan Pembangunan ini telah menjadikan Kota Baghdad sebagai pusat perdangan, ilmu pengetahuan dan kebudayaan; Baginda juga Membina lebih banyak prasarana (kemudahan awan) seperti hospital, institut pengajian dan farmasi.

Khalifah Al-Makmum
Dan yang terakhir bani Abbasiyah terus dipmpin oleh Khalifah Al-Makmum Atau nama sebenar baginda Nama sebenar baginda Abdullah Abu Al-Abbas Al-Makmum iaitu Putera kepada Harun Ar-Rasyid. Baginda Menjadi khalifah selama 20 tahun(198H/813M - 218H/833M)Antara sumbangan baginda kepada kegemilangan  zaman Bani Abbasiyah ialah memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar  yang berjaya.Selain itu Menggiatkan usaha penterjemahan pelbagai bidang ilmu pengetahuan.

Faktor Kegemilangan & Kejatuhan Kerajaan Abbasiyah

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kegemilangan pada zaman kerajaan Abbasiyah.  Antaranya ialah kestabilan politik yang mana memberi perhatian serius kepada pembasmian pemberontakan dan perbalahan puak .Selain itu, dasar politik kerajaan Abbasiyah yang diamalkan dengan memberi layanan yang adil kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan keturunan. Kerajaannya juga menjalankan hubungan diplomatik yang baik dengan negara luar bagi mengekalkan kestabilan ekonomi kerjaan Abbasiyah. Kedudukan Baghdad yang strategik yang berada ditengah-tengah laluan para pedagang timur dan barat menjadikannya sebagai pusat kegiatan perdagangan dan pusat pertemuan sarjana timur dan barat. Selain itu juga, dalam kerajaan Abbasiyah juga mengambil berat terhadap orang bukan islam dengan memberi layanan yang baik dan memberi kebebasan dalam mengamalkan ajaran agama masing-masing. Bangsa lain seperti Turki dan Parsi juga diberi hak untuk menjawat jawatan dalam pentadbiran negara.
Kejatuhan kerajaan Abbasiyah pula adalah disebabkan oleh kelemahan pemerintah pada pemerintahan Al- Wasiqm yang tidak melakukan sebarang pembaharuan dan bergantung hanya kepada pegawai-pegawai Turki untuk mentadbir negara menyebabkan politiknya telah dipengaruhi oleh Turki dan Parsi. Perebutan kuasa  daripada putera-putera Al-Mutawakkil mengakibatkan lagi kelemahan dalam pentadbirannya. Rusuhan dan pemberontakan yang sering berlaku pada akhir zaman Abbasiyah menyebabkan para pedagang tidak lagi berkunjung ke Baghdad menyebabkan dana yang tersimpan di Baitulmal semakin merosot berbanding peruntukan yang dikeluarkan. Serangan musuh-musuh dari utara ( Gorgia dan Arminia ), barat ( tentera salib ) dan timur ( kerajaan Monggol ). Dengan faktor-faktor ini mengakibatkan kemerosotan dalam kerajaan Abbasiyah ini.

Tokoh-tokoh ilmuan pada zaman kerajaan Abbasiyah

Zaman kerajaan Abbasiyah ini telah melahirkan beberapa tokoh ilmuan yang terkenal yang telah menemukan beberapa bidang ilmu iaitu ilmu yang berteraskan wahyu dan akal serta menjadi sumber rujukan utama pada masa kini.  Dalam bidang ilmu yang berteraskan wahyu, Yahya bin Ziyad al-Farra’ yang terkenal dengan ilmu tafsirnya telah menghasilkan karyanya dalam kitab  Maani al-Quran, dalam ilmu hadis yang menjadi sumber rujukan utama iaitu imam-imam yang menghasilkan kitab hadis yang masyhur seperti sunan sittah. Ilmu fekah daripada imam-imam terkenal seperti imam abu Hanifah, imam Malik, imam Syafie, Imam Ahmad Hanbal, imam Al- Qadhi Abu Yusuf, Imam Mawardi, dalam ilmu Tauhid pula iaitu  ilmu matematik,Imam Abu Hassan al-As’ari dan Imam al-Ghazali. Tokoh dalam  Ilmu yang berteraskan akal pula seperti imam Muhammad bin Musa al-Khawarizmi dengan karya  Hisabul Jabri wal-Muqabalah yang telah menemukan formula Trigonometri, Algebra, Geometri, Logarithma, pengenalan kepada sistem angka dalam abjad, pengenalan bilangan sifar (0) dalam sistem angka. Imam al- Batani dalam ilmu Falak telah menemukan penemuan baru dalam mengukur jarak antara bumi dan matahari, membuat jadual pegerakan bulan dan bintang, menjelaskan sistem geologi bumi serta pengaruh bulan dan matahari terhadap pertukaran musim dan mencipta alat pengukur sudut (astrolabe). Imam Jabir bin Hayyan dalam bidang Kimia telah menemukan asid galian seperti asid nitric, asid sulfuric, dan asid hidroklorik. Mencipta teori penghasilan alkohol dan membaiki proses pembuatan kaca. Seterusnya imam al-Hassan bin Haitam menghasilkan lebih 200 karya seperti Kitabul Manazir, Maqalatun Fi Dhau’I dan Maqalatun Fi at-Tahlil wa at-Tarkib dalam ilmu fizik dengan mencipta teori pergerakan jirim, daya gravity dan pantulan cahaya, menjelaskan tentang lapisan mata serta proses penglihatan, menyukat kelajuan bumi dan cahaya, dan mencipta cermin mata. Imam As-Syarif al-Idrisi menghasilkan ensiklopaedia peta Eropah dalam ilmu Geografi dengan penemuan memberi ujaran yang tepat tentang keluasan permukaan bumi dan menghasilkan peta dunia pertama dalam bentuk glob. Dan yang terakhir Ibnu Sina dalam kitabnya Qanun fi al-Tibb dalam bidang perubatan yang telah menemukan beberapa bidang perubatan seperti menjelaskan kesan kuman dalam penyakit, menjelaskan teori jangkitan virus seperti Tibi, menemui pelbagai penyakit seperti Rubella, alahan, cacar, dan penyakit jiwa. Mencipta ubat-ubatan untuk berbagai-bagai penyakit kronik dan mencipta picagari, ubat bius, dan benang yang khusus untuk menjahit luka pembedahan.

Penutup


Kerajaan Abbasiyah merupakan sebuah kerajaan yang boleh dikatakan sebagai salah sebuah sebuah zaman yang paling gemilang dalam sejarah Islam. Sejarah zaman ini telah memberikan banyak pengajaran terhadap umat Islam pada masa kini. Kebangkitan, kejatuhan dan sumbangannya perlu diamati oleh setiap umat Islam agar boleh dijadikan sebagai panduan dan pedoman dalam kehidupan.




Tuesday, December 23, 2014

BANTUAN GURU DALAM MENYEDIAKAN BAHAN BANTU MENGAJAR  (BBM)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca-pembaca yag dihormati. Disini saya ingin berkongsikan satu BBM yang telah dihasilkan bagi memudahkan pelajar memahami subtopik pelajaran atas permintaan seorang Ustazah yang mengajar dalam subjek Pendidikan Islam.

Sedikit biodata beliau, nama ustazah tersebut ialah Ustazah Nor Aiashah binti Abdul Samat, berasal dari Perak. Beliau mendapat ijazah dalam bidang Akidah dan Pemikiran Islam di Universiti Malaya dan meneruskan pekerjaan dalam bidang pendidikan. Beliau merupakan guru yang mengajar subjek Pendidikan Islam, Tasawur Islam dan Sejarah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar, Kuala Lumpur.

Permintaan Ustazah Aiashah kepada kami adalah untuk membantu beliau menyediakan BBM untuk tajuk rukun haji kerana dalam pengajaran topik ini, pelajar kurang berminat dan tidak nampak dengan jelas akan rukun-rukun yang terdapat dalam haji. Sebelum ini Ustazah hanya menggunakan kaedah syarahan dalam pengajarannya dalam topik ini.

Oleh yang demikian, kami telah menyediakan BBM yang berbentuk slideshow yang berkaitan tentang rukun-rukun haji yang mudah untuk Ustazah menyampaikan pengajaran dan mudah untuk pelajar fahami disamping dengan slideshow yang menarik dan disertakan dengan contoh.

Moga dengan perkongsian ini guru-guru dapat mengambil cakna dan sekali gus memberi manfaat untuk pembelajaran. Sila klik dsini untuk mendapatkan BBM tersebut.


Sekian.


Saturday, December 20, 2014

Contoh Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Pendidikan Islam sekolah Rendah dan Sekolah Menengah


Cara penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)  antara sekolah rendah dan sekolah menengah mempunyai sedikit perbezaan antara kedua-duanya. Tetapi perbezaan ini bukanlah secara keseluruhan membezakan cara penulisan kedua-duanya.  Kami ingin berkongsi contoh cara penulisan RPH sekolah rendah dan sekolah menengah dan RPH yang kami ingin kongsikan ini adalah cara penulisan RPH Pendidikan Islam. Contoh-contoh ini diambil daripada gaya penulisan yang dikongsikan sendiri oleh sahabat kami daripada Maktab Perguruan Islam Bangi dan juga penulisan kami sendiri selaku Pelajar Pendidikan Sarjana Muda pendidikan Islam Universiti Malaya.




 Ini merupakan contoh untuk penulisan RPH sekolah rendah bagi subjek Pendidikan Islam :




رانخغن فغاجرن هارين تاهون 2

فنديديقن إسلام 
مات فلاجرن
 2 زيتا
كلس
5 ربيع الاول 1434/ 17 جنواري 2013
  تاريخ
60 مينيت  ( 1.30 – 2.30 ) فتغ
ماس
25 اورغ    ( للاكي : 15 ،  فرمفوان : 10)
بيلغن موريد
سيره
بيدغ
4.1 ممهمي دان مغمبيل اعتبار درفد فكرجاءن نبي سبلوم دلنتيق منجادي رسول.                                  
ستندرد كاندوغن
4.1.1 مثاتاكن فكرجاءن نبي سماس كخيل مغيكوت فريغكت عمور:
i. منترنق كمبيغ.
ii. ممبنتو باف ساودارا برنياض.
4.1.2 مياتاكن فكتور۲ يغ مندوروغ نبي منجالنكن فكرجاءن .
ستندرد فمبلاجرن
موريد دافت :
1. مثبوت فكرجاءن نبي سماس كخيل مغيكوت فريغكت عمور دغن بتول ستله فنرغن ضورو
2. مينارايكن فكتور۲ يغ مندوروغ نبي منجالنكن فكرجاءن سبلوم منجادي نبي.
3. منجواب سوءالن برتوليس دغن بتول ددالم لمبارن كرجا

اوبجيكتيف

فلاجر تله بلاجر سلسيله كلوارض نبي
فغتاهوان سديا اد
برشكور، بكرجاسام

فنرفن نيلاي
اخلاق :
ضابوغجالين
ساءين س :
فثرفن/ رنتسن

كماهيرن برفيكير
1.كأوسهونن: موريد بكرجاسام دان ممقوثاءي دايا ساءيغ اونتوق  
    مغحاصيلكن كرجا بركومقولن.
2.كرياتيؤيتي:موريد مغهوبوغ كاءيتكن قريستيوا هجره دغن رياليتي
    كهيدوفن.

اءي.م.ك
(EMK)
. ضمبر سلاءيد1
2. سيت سوءالن

باهن بنتو مغاجر


.










لغكه قغاجرن دان قمبلاجرن
خاتتن
اكتيؤيتي فغاجرن فمبلاجرن
ايسي كاندوغن
لغكه / (ماس)
ادب بردعاء
1. سأورغ موريد دمينتا اوليه ضورو  مغتهواءي  باخاءن دعاء.
2.موريد٢ لاءين دمينتا مغيكوت باخاءن    دعاء برساما-ساما / مغامينكن باخاءن دعاء .
3. سموا موريد ملفظ كلمة شهاده برسام- سام.
باخاءن دعاء :
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
"اَلَّلهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُر عَلَينَا مِن خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّحِمِينَ".
باخاءن شهادة:
"اَشْهَدُ أَن لاَ إَلَهَ إِلاَّ اللهَ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدً رَّسُولُ الله
(خاتتن : فلاتيه دكهندقي منوليس دعاء دان كلمه شهاده سفنوهث فد ستياف كالي منوليس رانخغن هارين بوكن منوليس سفاروه ...  الى اخير.)

مقدمة
 (2 مينيت)

خاتتن
جادغن اكتيؤيتي
ايسي فلاجرن
فاسا فرسدياءن
EK 1.6 
كأيغينن فد معلوم بالس
سضارا   

1.1.1موريد مليهت ضمبر يغ دتونجوقكن اوليه ضورو.
1.1.2  برسوءال جواب تنتغ ضمبر   
1.1.3ضورو مغاءيتكن دغن تاجوق فلاجرن.
ضمبر فلباضاي اونيفورم فكرجاءن
1.1فمرهاتين
(سيت ايندوكسي) ( 5 مينيت)
فنعقلن : معنل فستي ايسي فنتيغ
EK 1.4
داي كرياتيؤيتي دان اينوؤاسي

1.2.1ضورو دان موريد برسوءال جواب

1.2.2موريد مندغر فنرغن ضورو مغناءي فكرجاءن يغ حلال
  1.2.3 موريد منوليس فلباضاي جنيس فكرجاءن يغ حلال ددالم فتا بولتن
                           
فلباضاي جنيس فكرجاءن يغ حلال
-ضورو،دوكتور،فنياض
سوءالن :
1.افاكه فكرجاءن يغ حلال دان  باءيق.
2. سبوت خونتوه- خونتوهث.
1.2اناليسيس
(10 مينيت)






خاتتن
خادغن اكتيويتي
ايسي فلاجرن
فاسا ايماجيناسي
EK 1.1
برتغضوغجواب ترهادف كفوتوسن
1.3.1ضورو منونجوقكن سلاءيد فكرجاءن مغمبالا كمبيغ دان برنياض

  1.3.2 ضورو برخريتا مغناءي فكرجاءن نبي محمد سماس كخيل.

 موريد دمينتا مياتاكن فكرجاءن 1.3.3
نبي محمد سماس كخيل مغيكوت فريغكت
عمور نبي محمد. 

1.3.4برسوءال جواب مغناءي خريتا ترسبوت.

فكرجاءن نبي سماس كخيل مغيكوت فريغكت عمور:
i. منترنق كمبيغ.
ii. ممبنتو باف ساودارا برنياض.
1.3قنجاناءن ايديا

EK 1.4
داي كرياتيؤيتي دان اينوؤاسي
- ممبري ايديا
 1.4.1سومبغ سارن سبب۲ نبي محمد بكرجا

  1.4.2 موريد منوليس ايديا ددالم فتا بوءيه

سبب۲ نبي محمد بكرجا
-بلاجر هيدوف برديكاري
- فربهاتين ترهادف كلوارض
1.4سينتيسيس ايديا
خاتتن
جادغن اكتيويتي
ايسي فلاجرن
فاسا قركمبغن

1.5.1 موريد ممبنتغ، ضورو مروموسكن سومبغ
        سارن موريد دغن فافرن فتا.    
        1.5.2 ببراف موريد دمينتا مثاتكن سمولا
       فكتور يغ مندوروغ نبي بكرجا. 
1.5قنمبهباءيقن
EK 1.10
براورينتاسيكن فنخافاين

1.6.1ستياف موريد دكهندقي منجواب سيت سوءالن كوءيز دالم كومفولن مغيكوت تيمقوه دتتفكن
1.6.2جوافن موريد يغ بتول دبري مركه دان دكومفولكن مغيكوت كومفولن.
                                          

سوءالن كوءيز
1.
2.
3.
1.6قنيلاين
خاتتن
جادغن اكتيويتي
ايسي فلاجرن
فاسا تيندقن
EK 1.5
فليكسيبليتي
1.7.1موريد منوليس خاتتن ددالم بوكو توليس

1.7فلقسانأن

1.8.1 موريد دمينتا مثاتاكن ايسي فنتيغ دالم خريتا 1.8.2موريد دنصيحتي اكر سنتياس ممفربأيقي ديري
       (هاري اين لبيه باءيق دري سمالم)
1.8.3 موريد دبكلكن لمبارن سباكاي كرجا رومه.
كوضنيتيف
(روموسن)
سوسيال
1.8عملن برتروسن
(فنوتوف)
                                                                                                                                   ريفليكسي كنديري :
1. افاكه يغ تله ساي دلاكوكن؟
2. باضايمان حال ايت بوليه برلاكو؟
3. افاكه فراساءن ساي؟
4. موغكينكه اد خارا/ قاعده/اكتيؤيتي لاءين يغ بوليه ساي ضوناكن؟
5. افاكه يغ اكن ساي لاكوكن اونتوق ممفرباءيقي كاداءن؟